lain rasanya hari ni. tenang. selepas berbuka. seperti hari-hari sebelum. solat dan mengaji. helaian pertama al-quran sambungan bacaan semalam. surah al-a'raf. aku baca dengan tenang. bacaan tidak la terlalu lancar. sedang berusaha. pertengahan helaian hati rasa sayu. sangat sayu. tanpa dipinta air mata meleleh. menggeletar tangan memegang al-quran. aku habiskan bacaan empat helaian al-quran dengan teresak-esak. suara terketar-ketar. bacaan sudah tidak jelas. dengan ayat yang terakhir yang berbunyi
"Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya)." (170)
sungguh. penangan. tersedar aku. banyak dosa sepanjang hidup. baru sekarang aku terasa mahu berubah. syukur masih sempat.
No comments:
Post a Comment