realitinya aku seorang yang berotak kosong. kosong tanpa perlu kata-kata penyambung. tiada idea. tiada pemikiran yang rasional. tiada faktor serius. sudah dikerah dan diperah. hasilnya tetap kurang memberangsangkan. tak mampu puaskan hati dengan otak kosong ini. malah otak ini makin tumpul berkarat. aku sudah tak mampu menjadi seorang idealis.
realitinya aku seorang yang tak perlu diberi pengiktirafan. tak perlu tuk disanjung. sememangnya aku tidak layak. kurang keyakinan. tidak tetap pendirian. itu memang sifat diri aku. sukar untuk digubah.
namun aku masih perlukan "hormat" dari rakan-rakan dan para masyarakat. tak perlu untuk disanjung dan dipuji. aku cuma tidak mahu dipersendakan. sememangnya itu menyakitkan. tidak perlu aku pamerkan di wajah. tonjolkan senda itu bukanlah perkara yang boleh dibawa bergurau. aku sabar untuk elakkan pertelingkahan. sabar, carutan itu boleh disimpan. sabar untuk betindak atau kesal hasilnya.
"sungguh. aku berfikir untuk jangka masa panjang. aku x mahu kesal dengan tindak-tanduk bodoh aku."
No comments:
Post a Comment