06 June 2012

ujian.

penulisan kali ni maybe agak berbeza berbanding entry2 sebelum2 ni. bahasa yang agak rojak, singkatan yang terlebih, dan juga tatabahasa yang fail. 


jujur aku bercakap, tahun ni tahun yang menguji aku dari segi emosi, fizikal, rohani. aku bukanlah orang yang straightforward bercakap akan permasalahan yang aku hadap. tapi entry ni hanya ditulis untuk melepaskan sedikit apa yang aku pendam. agar terluah, agar terlepas sedikit bebanan yang ditanggung. biarlah apa yang orang nak kata, aku dan hanya orang2 tertentu tahu ape yang aku hadap. 


mungkin sesetengah orang fikir aku ni seorg yang lemah, x mampu tuk hadap masalah. :) terima kasih. mungkin betul. tapi aku bukanlah seorang yang luahkan ape yang aku hadap, ape yang aku alami, ape yang aku lawan. hanya kawan yang mendengar tahu. dan hanya kawan yang mendengar terkejut akan apa yang aku hadap, terkejut dengan apa yang aku lawan dalam diri aku selama ni, dan terkejut tuk berapa lama masa yang aku ambil tuk lawan benda ni sampai tahap yang aku sendiri x mampu lagi nak lawan. banjir jugak akhirnye. jujur aku x suka keadaan aku sekarang. 


fikir aku, sejujurnye aku kurang, bukan, bukan kurang, aku x selesa dengan diri aku sekarang. sangat x selesa dengan apa yang aku hadap. ini bukan diri aku yang dulu. hilang semangat entah kemana. susah mengingat. rasa bersendiri yang kuat. lebih banyak berdiam diri. lebih banyak masa berseorang. lebih selesa berseorang. hilang kemana ntah perasaan2 aku yang sebelum ni. perasaan seram, gembira, gugup, perasaan yang sepatutnye ada tuk berhadapan dengan situasi2 tertentu. 


ramai yang menegur. "ko kenape slalu pucat? kenape macam sakit? kau ok? ko macam ada masalah je" senyum je mampu bagi. aku pendam ape yang aku rasa, ape yang aku lawan, masalah aku even dengan family sendiri aku x bercerita sampai la tahap yang aku x mampu nak lawan macam sekarang. solat rasa berat, mengaji rasa berat. hmm aku anggap ini ujian tuk diri aku. bertahan selagi yang termampu. diri aku sedang binasa. jujur, sakit sekali. ini yang aku rasa tuk masa sekarang. dan aku harapkan aku tabah tuk hadap hari2 yang mendatang. 



4 comments:

  1. kawan yang dah lama tak bertemu :)June 6, 2012 at 2:31 AM

    Hang in there. He knows. He listens. All the time. Doa banyak2, menangis banyak2 depan Dia. InshaAllah.
    Just hang in there. You know you can. You know you have to. You know you want to.
    My doa's always for you, inshaAllah.

    ReplyDelete
  2. just heppy...kehkeh:D kurekure

    ReplyDelete
  3. Ber,this is signs of depressions, try look on how to reduce depression. Kwn aku dlu smpai cuti khas sbb sheer depression.

    ReplyDelete